awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 25 hingga 31 Dis
Op Dadu Mega: 21 premis diserbu, 85 individu ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 33,209 kes baharu, tertinggi sejak pandemik melanda

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
05/03/2022
02:45 MYT
COVID-19: 33,209 kes baharu, tertinggi sejak pandemik melanda
Malaysia mencatat jumlah kes harian COVID-19 tertinggi sejak pandemik melanda apabila 33,209 kes baharu direkodkan pada Jumaat. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat jumlah kes harian COVID-19 tertinggi sejak pandemik melanda apabila 33,209 kes baharu direkodkan semalam.
Daripada jumlah itu, 99.39 peratus atau 33,006 kes adalah kategori 1 dan 2, manakala 0.61 peratus atau 203 pula adalah kategori 3,4 dan 5.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 32,768 kes melibatkan jangkitan tempatan manakala 441 kes import.
Sebanyak 348 individu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 211 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 26,352.
Semalam juga, 17 lagi kluster baharu direkodkan, dengan 476 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 1.02, dengan Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.41.
Ia diikuti Perak dengan R0 1.28 dan Kuala Lumpur RO 1.23.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan