KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Jumaat menunjukkan penurunan kepada 3,490 kes berbanding 4,071 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.752 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak enam kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 42,767 dan 96.4 peratus atau 41,212 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,454 kes dirawat di hospital dengan 75 kini ditempatkan di wad ICU di mana 45 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 3,193 kes sembuh.