Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 40 kes baharu, 70 pulih, 1 kematian

71588668407_DatukDrNoorHisham.jpg
71588668407_DatukDrNoorHisham.jpg
Advertisement
Malaysia merekodkan 40 kes baharu COVID-19 dengan 31 kes adalah di kalangan bukan warganegara.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada kes import dilaporkan pada Khamis.

"Oleh itu, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,819 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,356 kes.

"Sehingga kini, seramai 16 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, empat kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam sidang media harian di sini pada Khamis.

Tambah beliau, sebanyak 70 kes positif COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj pada Khamis.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,351 kes atau bersamaan 78.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," jelas beliau.

Dalam pada itu, katanya terdapat pertambahan satu lagi kes kematian melibatkan COVID-19.

Ia menjadikan jumlah kes kematian disebabkan virus berkenaan sebanyak 112 kes atau 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di negara ini.

"Kes kematian ke-112 (kes ke-6,780) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 39 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit injap jantung, serta kemalangan pada awal tahun mengakibatkan beliau patah kedua-dua tulang utama di kaki dan sukar bergerak sendiri.

"Beliau disahkan meninggal dunia pada 12 Mei, jam 9.52 malam di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang," tambahnya.

Must Watch Video

Advertisement