Sebanyak 45 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 44 daripadanya melibatkan kes jangkitan tempatan dan satu kes import.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu 135 kes telah pulih dan dibenarkan keluar hospital.
"Sehingga 6 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 45 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,428 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,619 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
"Ingin dimaklumkan bahawa daripada 45 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 44 kes, di mana sebanyak satu kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya dalam sidang media harian di sini pada Rabu.
Bagaimanapun, satu lagi kematian baharu akibat COVID-19 turut dicatatkan.
Ia menjadikan jumlah kematian akibat virus berkenaan adalah sebanyak 107 kes.
"Kes kematian ke-107 (kes ke-2380) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 51 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 5 Mei 2020 jam 2.53 petang," jelas beliau.
Sehingga kini, seramai 22 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Daripada jumlah tersebut, 9 kes memerlukan bantuan pernafasan.