Skip to main content

Dunia

5 maut, seorang cedera dalam kebakaran kilang bunga api di Rusia

Kebakaran terjadi di sebuah perusahaan pembuatan bunga api di Wilayah Yaroslavl, Rusia, mengakibatkan lima maut dan seorang cedera. - Gambar hiasan
Kebakaran terjadi di sebuah perusahaan pembuatan bunga api di Wilayah Yaroslavl, Rusia, mengakibatkan lima maut dan seorang cedera. - Gambar hiasan
Advertisement

MOSCOW: Lima orang maut manakala seorang lagi cedera dalam kebakaran di sebuah perusahaan pembuatan bunga api di Wilayah Yaroslavl, menurut perkhidmatan akhbar Kementerian Situasi Kecemasan Rusia dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Xinhua.

“Semasa kerja mengalihkan struktur yang runtuh, mayat lima mangsa ditemukan. Seorang wanita yang mengalami kecederaan pada kaki diserahkan kepada pasukan ambulans,” menurut kenyataan itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, dua bangunan di tapak pengeluaran bunga api itu terbakar dan kebakaran berjaya dikawal.

Advertisement

 --BERNAMA-XINHUA

 

Advertisement

 

Must Watch Video

Advertisement