awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 5,566 kes baharu, 13 lagi kematian

Eton Khir
Eton Khir
01/02/2022
07:20 MYT
COVID-19: 5,566 kes baharu, 13 lagi kematian
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,876,324. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 5,566 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit meningkat berbanding semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,876,324.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 13 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,978 kematian.
Jumlah itu juga termasuk 4 kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.
Pada 1 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,566 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,876,324 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 1, 2022
Setakat ini, 113 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 59 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 3,187 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,787,190.
Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 99.1 peratus atau 5,515 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 0.9 peratus atau bersamaan 51 kes.
Dalam pada itu, tujuh kluster baharu turut dikesan dengan 318 kluster masih lagi aktif sementara 6,116 kluster telah diisytiharkan tamat.
Kenyataan Akhbar KPK 1 Februari 2022 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) https://t.co/Yv0CiA2IcI
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 1, 2022
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan