awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 57 kes baharu, 23 kes sembuh

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
31/05/2020
09:50 MYT
COVID-19: 57 kes baharu, 23 kes sembuh
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut hanya empat kes penularan dalam negara telah dikesan melibatkan warganegara Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
Sebanyak 57 kes baharu COVID-19 dikesan di negara ini setakat hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 7,819 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut hanya empat kes penularan dalam negara telah dikesan melibatkan warganegara Malaysia.
Dalam pada itu, sebanyak 23 kes lagi telah pulih dan dibenarkan discaj setakat Ahad, sekali gus menjadikan jumlah sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 6,353 kes atau 81.25 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,351 kes.
“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Ingin dimaklumkan daripada 57 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
“Daripada 47 kes penularan tempatan, 43 kes adalah kes bukan warganegara Malaysia di mana 24 kes dikesan di depoh Imigresen Sepang dan 15 kes di Pahang yang merangkumi tiga kluster pekerja bukan warganegara, dan satu masing-masing kes bukan warganegarea dari kluster Sungai Lui yang bekerja di Klang, PATI dan satu kes kluster Pudu,” demikian kata beliau dalam sidang media harian, di sini pada Ahad.
Selain itu, beliau menambah Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan tiada sebarang kematian direkodkan di negara ini akibat COVID-19.
Bagaimanapun Dr Hisham berkata, seramai sembilan kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
“ Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#Imigresen
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan