PUTRAJAYA:Malaysia mencatatkan sebanyak 660 kes baharu pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 adalah sebanyak 50,390 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes baharu ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,814 kes.
Dr Noor Hisham juga memberitahu Malaysia mencatatkan jumlah 630 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah sebanyak 37,254 kes.
"Sehingga kini, terdapat 103 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 41 kes memerlukan bantuan pernafasan.
"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan COVID-19.
"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 322 kes atau 0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya pada sidang media harian pada Rabu.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan lapan kluster baharu dilaporkan pada Rabu melibatkan tiga di Sabah iaitu kluster Sabaru, kluster Tomher dan kluster Garden.
Lima lagi kluster ialah kluster Putra-18 (Putrajaya dan Sepang), kluster Murni (Cheras dan Kepong), kluster Seri Pasir (Timur Laut Pulau Pinang), kluster Besi Demak (Kuching, Sarawak) dan kluster Parit Kassan (Tangkak, Johor dan Melaka Tengah).
"KKM ingin memaklumkan bahawa tiga kluster diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu kluster Kencana, kluster Bah Sintok dan kluster Seri Anggerik," katanya lagi.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan sebagai kesiapsiagaan lanjut bagi menampung kemasukan pesakit susulan lonjakan kes positif COVID-19 di negeri-negeri Lembah Klang, KKM telah mengambil langkah-langkah menambah 630 buah katil di Hospital Sungai Buloh.
Selain itu, KKM turut jumlah katil rawatan COVID-19 sedia ada di HKL (831 buah katil); menukar status Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) kepada hospital hibrid COVID-19 dengan 230 buah katil COVID-19.
KKM juga telah membuka semula lapan blok Institut Latihan KKM (ILKKM) Sg Buloh sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah dengan kapasiti 2,400 buah katil dan meneruskan penggunaan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah dengan kapasiti semasa 648 buah katil.
Astro Awani
Wed Nov 18 2020
DR NOOR HISHAM: Malaysia mencatatkan jumlah 630 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah sebanyak 37,254 kes. - Gambar fail
Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan pada Sabtu
Giliran bagi delegasi Malaysia ke non violence training dijadualkan pada Sabtu waktu tempatan.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Terhad dan tiada tambah baik bantuan Gaza oleh Israel - PBB
Komitmen Israel untuk meningkatkan akses bantuan di Semenanjung Gaza adalah 'terhad dan kadang-kala tiada'.
[TERKINI] A.S veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Amerika Syarikat menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dengan memberikan veto dalam Majlis Keselamatan untuk menafikan keahlian penuh Pihak Berkuasa Palestin dalam badan dunia itu.
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.