awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 67 kes baharu, tiada kematian direkod

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
10/05/2020
08:50 MYT
COVID-19: 67 kes baharu, tiada kematian direkod
Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, 49 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. - Gambar BERNAMA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 67 kes COVID-19 baharu dikesan menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 6,656 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 49 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.
Katanya, sehingga 12 tengah hari tadi, tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 108 kes atau 1.62 peratus.
"Sehingga hari ini juga, sebanyak 96 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 5,025 kes (75.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
"Seramai 18 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 6 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam sidang media harian pada Ahad.
Noor Hisham berkata, KKM menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020.
Menurut beliau, langkah itu bagi memberi ruang kepada kerajaan dalam memerangi penularan wabak sehingga ke tahap yang lebih terkawal sekali gus mengimbangi pembukaan sektor-sektor ekonomi secara berhati-hati.
"Tahap keberkesanan tindakan ini akan dinilai dari semasa ke semasa.
"Pihak KKM juga akan menggiatkan lagi usaha mengurangkan kes positif COVID-19 di negara ini melalui pengesanan kes aktif dan pendekatan tertumpu iaitu pengesanan, penyaringan dan ujian ke atas kumpulan sasar yang berisiko tinggi.
"Tindakan ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan melalui pelaksanaan PKPB dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ekonomi
#ICU
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Noor Hisham Abdullah
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan