awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 73 kematian baharu direkod, 25 BID

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2022
22:30 MYT
COVID-19: 73 kematian baharu direkod, 25 BID
Seramai 1,453 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 73 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 34,535 orang, daripada 4.01 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 25 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat 252,671 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 244,262 individu atau 96.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 1,453 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 6,617 kes dirawat di hospital dan 339 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 130 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 209 lagi memerlukan mesin ventilator.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes kematian
#COVIDNOW
#bid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan