awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 78 lagi kematian direkod, 17 BID

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2021
22:49 MYT
COVID-19: 78 lagi kematian direkod, 17 BID
Angka kematian harian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini terus kekal bawah 100 apabila 78 kes direkodkan semalam. -Gambar fail/Bernama
ANGKA kematian harian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini terus kekal bawah 100 apabila 78 kes direkodkan semalam.
Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW menunjukkan daripada jumlah itu, 17 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought-in-dead (BID).
Setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 mencecah 28,312 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2,408,431 kes positif di Malaysia.
Jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,718, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan korban akibat COVID-19.
Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.
Terdapat 643 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu.
Ketika ini, kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara ialah 60.4 peratus, namun empat negeri masih merekodkan kadar melebihi 70 peratus iaitu Sarawak (77.7 peratus), Kelantan (74.2 peratus), Perak (71.3 peratus), dan Putrajaya (70,0 peratus).
Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat penurunan sejak dua bulan lalu dengan mencatat 320 kes setakat semalam berbanding lebih 900 kes pada awal Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#bid
#unit rawatan rapi
#COVIDNOW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan