KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 79 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Angka korban terbaharu semalam itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 33,384 orang, daripada 3.66 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 19 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat 306,680 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 294,242 individu atau 95.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,397 orang pula ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 8,668 kes dirawat di hospital dan 373 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 150 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 223 lagi memerlukan mesin ventilator.