awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 822 kes baharu, 2 kematian direkodkan hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
11/11/2020
10:14 MYT
COVID-19: 822 kes baharu, 2 kematian direkodkan hari ini
Daripada jumlah kes baharu itu, tujuh adalah kes import melibatkan seorang warganegara dan enam bukan warganegara. -Gambar fail
KUALA LUMPUR :Sebanyak 822 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini 42,872 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes baharu itu, tujuh adalah kes import melibatkan seorang warganegara dan enam bukan warganegara.
Katanya, Sabah masih lagi mencatatkan kes harian tertinggi dengan 259 kes (31.5 peratus) diikuti negeri-negeri di Lembah Klang dengan 202 kes (24.6 peratus).
Sementara itu, katanya kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 11,497 kes.
Katanya, kes pulih harian pula berjumlah 769 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 31,073 kes (72.5 peratus).
Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini terdapat 86 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, terdapat pertambahan dua kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kes kematian di negara ini sebanyak 302 kes.
Berikut adalah perincian kes penularan tempatan;
• Sabah: 258 kes o 56 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Haven, Kluster Karamunting dan Kluster Saga o 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 o 111 kes daripada lain-lain saringan COVID-19
• Negeri Sembilan: 225 kes o 221 kes daripada kluster-kluster sedia ada o Satu kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) o Tiga kes daripada lain-lain saringan COVID-19
• Selangor: 176 kes o 102 kes daripada kluster-kluster sedia ada o 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 o 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19
• Wilayah Persekutuan Labuan: 46 kes o 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada o 25 daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 o Lima kes daripada lain-lain saringan COVID-19
• Pulau Pinang: 26 kes o 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada; o Dua kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) o Tiga kes daripada lain-lain saringan COVID-19
• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 17 kes o 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada o Dua kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 o Satu kes daripada lain-lain saringan COVID-19
• Kedah: 17 kes o 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada o Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
• Sarawak: 14 kes o Lapan kes daripada kluster-kluster sedia ada o Empat kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 o Dua kes daripada lain-lain saringan COVID-19
• Perak: 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
• Johor: 10 kes o Tujuh kes daripada kluster sedia ada o Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 o Dua kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Melaka: Enam kes daripada kluster sedia ada.
• Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga kes daripada kluster-kuster sedia ada.
• Perlis: Dua kes daripada kluster sedia ada.
• Kelantan: Satu kes daripada kluster sedia ada.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#kes positif
#COVID-19
#unit rawatan rapi
#kes pulih
#kes baharu
#Sabah
#Klang
#Kementerian Kesihatan
#Putrajaya
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan