awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 96 lagi kematian direkod, 21 BID

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/10/2021
21:32 MYT
COVID-19: 96 lagi kematian direkod, 21 BID
Angka harian kematian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini terus kekal di bawah 100 apabila 96 kes direkodkan semalam. -Gambar fail/Astro AWANI
ANGKA harian kematian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini terus kekal di bawah 100 apabila 96 kes direkodkan semalam.
Data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW menunjukkan daripada jumlah itu, 21 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 mencecah 28,234 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2,408,431 kes positif di Malaysia.
Jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,701, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan korban akibat COVID-19.
Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.
Terdapat 666 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu.
Ketika ini, kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara ialah 62.7 peratus, namun empat negeri masih merekodkan kadar melebihi 70 peratus iaitu Perak (72.1 peratus), Kuala Lumpur (70.2 peratus), Selangor (71.7) dan Sarawak (79.8 peratus).
Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat penurunan sejak dua bulan lalu, dengan mencatat 306 kes setakat semalam berbanding lebih 900 kes pada awal Ogos lalu.
Pada masa sama, kadar penggunaan katil hospital bagi kes COVID-19 di seluruh negara ialah 66.9 peratus, namun Lembah Klang dan Sarawak mencatatkan peningkatan.
Topic Berkaitan
#bid
#COVID-19
#ICU
#Angka harian kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan