Amerika Syarikat mengumumkan bantuan tambahan ASD800,000 atau RM3.3 juta kepada Malaysia bagi membantu menangani wabak COVID-19.
Bantuan yang disalurkan ini akan menyokong usaha Malaysia memvaksinasi populasi yang rentan dan sukar dijangkau.
Ia juga bagi menyokong kemudahan kuarantin yang selamat demi memastikan pemulihan ekonomi dapat berjalan lancar.
Dalam satu kenyataan, Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia hari ini berkata, dana tersebut akan dikelolakan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Keputusan itu dibuat selepas pertemuan antara Tunku Temenggong Kedah yang juga Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah dan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian D McFeeters.
"McFeeters turut mengucapkan terima kasih atas sokongan PBSMM dalam usaha menentang COVID-19, serta usaha Malaysia dalam menjaga keselamatan penduduk seluruh negara.
"Tunku Puteri Intan Safinaz turut mengucapkan terima kasih kepada Amerika Syarikat yang turut menyokong usaha yang dilakukan PBSMM dalam memvaksinasi dan membendung wabak," jelas kenyataan itu.
Bantuan tambahan ini menjadikan keseluruhannya sebanyak ASD2 juta atau RM8.3 juta sumbangan daripada Amerika kepada Malaysia sejak wabak bermula.
Pada 5 Julai lalu, Amerika turut menyumbang 1 juta vaksin Pfizer ke Malaysia selain bekalan perubatan, alat ujian COVID-19, serta ambulans.
Komuniti perniagaan Amerika melalui MY AMCHAM Cares juga telah menyumbang lebih RM7 juta kepada usaha bantuan COVID-19 sejak 2020.
Usaha ini digerakkan sebagai kerja-kerja menyelamatkan nyawa sejak beberapa dekad dan kepimpinan Amerika dalam menangani krisis kesihatan global.
Amerika juga komited bekerjasama dengan Malaysia untuk mengakhiri wabak COVID-19, mengurangkan impak sosial dan ekonomi serta membangun kembali dunia.
Hafizi Rosli
Thu Oct 21 2021
Bantuan tambahan ini menjadikan keseluruhannya sebanyak ASD2 juta atau RM8.3 juta sumbangan daripada Amerika kepada Malaysia sejak wabak bermula.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke