awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
USJT Bukit Aman ambil alih siasatan laporan bekas PTD - Ketua Polis KL
Selangor catat RM3.021 bilion kutipan hasil negeri pada 2025 - Menteri Besar
3 mayat ditemukan selepas letupan kilang makanan di tengah Greece
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Angka kematian harian meningkat kepada 92

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
25/10/2021
22:52 MYT
COVID-19: Angka kematian harian meningkat kepada 92
Jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 mencecah 28,492 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2.431 juta kes positif di Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Angka kematian harian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini mencatat peningkatan dua kali ganda apabila 92 kes direkodkan pada Ahad, berbanding 46 pada hari sebelumnya.
Data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal covidnow.moh.gov.my menunjukkan daripada jumlah itu, 11 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (brought-in-dead atau BID).
Setakat Isnin, jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 mencecah 28,492 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2.431 juta kes positif di Malaysia.
Jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,751, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan korban akibat COVID-19.
Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.
Terdapat 602 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu.
Ketika ini, kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara ialah 59.8 peratus, namun empat negeri/wilayah masih merekodkan kadar melebihi 70 peratus iaitu Kelantan (74.2 peratus), Sarawak (73.9 peratus), Pulau Pinang (70.8) dan Kuala Lumpur (70 peratus).
Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat penurunan sejak dua bulan lalu, dengan mencatat 300 kes setakat Isnin berbanding lebih 900 pada awal Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#bid
#ICU
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan