awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: AstraZeneca diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas - Dr Adham

Isabelle Leong
Isabelle Leong
26/04/2021
06:21 MYT
COVID-19: AstraZeneca diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas - Dr Adham
Datuk Seri Dr Adham Baba berkata vaksin tersebut akan diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dalam fasa kedua. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan vaksin COVID-19 AstraZeneca selamat untuk digunakan dalam pelaksanaan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata vaksin tersebut akan diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dalam fasa kedua ini.
“AstraZeneca selamat digunakan dan berkesan.
“Kami akan menggunakannya untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas pada fasa dua,” katanya pada sidang media mingguan berhubung situasi COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada Isnin.
Sebelum ini, sebanyak 280,000 dos vaksin jenis AstraZeneca selamat tiba di negara ini.
Beliau berkata penghantaran pertama vaksin tersebut yang pembeliannya dibuat pada Disember lalu adalah bagi kegunaan tiga peratus jumlah populasi negara.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pemilihan Calon Vaksin COVID-19 (JKKPCV) KKM, Dr Kalairasu M. Peariasamy berkata dari segi pra klinikal, vaksin COVID-19 Astrazeneca yang menggunakan platform viral vektor adalah baik untuk digunakan mencegah COVID-19.
Dr Kalairasu berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah memohon pendapat jawatankuasa panel diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim mengenai penggunaan vaksin Astrazeneca .
“Seramai 22 pakar daripada pelbagai disiplin telah menyertai panel berkenaan dan tiga syarat ditetapkan dalam menentukan penggunaan vaksin AstraZeneca iaitu - mampu mengurangkan kemasukan ke hospital, mengurangkan kemasukan ICU (unit rawatan rapi) dan mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19.
“Setelah meneliti pelbagai jenis data, panel berpendapat bahawa vaksin AstraZeneca mendatangkan kebaikan dan kes pembekuan darah adalah kurang berlaku.
“Jika dibandingkan risiko dan kebaikan vaksin itu, vaksin berkenaan sesuai digunakan untuk golongan berusia 60 tahun ke atas.
“Selain itu, vaksin tersebut telah mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 2 Mac lepas,” katanya.
Katanya lagi, pihaknya akan meneliti data dari negara-negara lain berhubung penggunaan vaksin AstraZeneca untuk golongan dewasa yang berusia 18 dan 40 tahun ke atas.
Topic Berkaitan
#AstraZeneca
#vaksin
#pandemik
#COVID-19
#suntikan
#vaksinasi
#PICK
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#fasa kedua
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan