awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Belum ada kajian terperinci vaksin selamat digunakan terhadap kanak-kanak

Hilmi Malik
Hilmi Malik
27/11/2020
12:12 MYT
COVID-19: Belum ada kajian terperinci vaksin selamat digunakan terhadap kanak-kanak
Menurut Dr Noor Hisham, wujud kebimbangan sekiranya penggunaan vaksin melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah akan mendatangkan kesan sampingan. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA:Pembekalan vaksin bagi fasa pertama kepada Malaysia hanya terhad kepada individu yang berusia 18 tahun ke atas berikutan tiada sebarang kajian terperinci membuktikan vaksin berkenaan selamat digunakan terhadap kanak-kanak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, setakat ini sebahagian besar ujian vaksin tidak melibatkan individu di peringkat umur tersebut.
"Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun, perlu lihat kepada data. Kementerian Kesihatan (KKM) dimaklumkan, kebanyakan vaksin tidak banyak menjalankan kajian bagi umur bawah 18," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di Malaysia, hari ini.
BACA: Malaysia dijangka terima vaksin COVID-19 awal tahun depan - PM
BACA: Vaksin COVID-19 percuma untuk rakyat Malaysia - PM
BACA: Kerajaan akan mulakan kajian Fasa 3 vaksin COVID-19 - PM
BACA: COVID-19: Pfizer dan BioNTech bakal bekal 12.8 juta dos vaksin kepada Malaysia
Menurut Dr Noor Hisham, wujud kebimbangan sekiranya penggunaan vaksin melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah akan mendatangkan kesan sampingan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung pembekalan 12.8 juta dos vaksin kepada Malaysia menjelang tahun hadapan yang tidak membabitkan imunisasi terhadap kanak-kanak.
Kerajaan pada Jumaat telah menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan syarikat farmaseutikal, Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan 12.8 juta dos bekalan vaksin COVID-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah vaksin tersebut akan dapat memenuhi keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#COVID-19
#Kanak-kanak
#kesihatan
#koronavirus
#vaksin
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Kementerian Kesihatan
#Pfizer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan