awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Beri peluang pelajar IPT tangguh pengajian - Syed Saddiq

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
30/03/2020
04:34 MYT
COVID-19: Beri peluang pelajar IPT tangguh pengajian - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata, meskipun kerajaan mengumumkan inisiatif 1GB internet percuma setiap hari, namun, masih ada lagi kawasan pedalaman tidak mempunyai akses tersebut. - Gambar BERNAMA

SEMUA institut pengajian tinggi (IPT) diminta untuk memberi kelonggaran kepada mana-mana pelajar yang tidak boleh meneruskan kelas secara dalam talian untuk menangguh sementara pengajian bagi semester ini. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ini kerana, terdapat mahasiswa yang mungkin berdepan kesukaran untuk meneruskan kelas secara maya berikutan tidak mempunyai akses komputer atau internet di rumah Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, meskipun kerajaan mengumumkan inisiatif 1GB internet percuma setiap hari, namun, masih ada lagi kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses tersebut.

FLEKSIBILITI UNTUK MAHASISWA 1. Sepanjang PKP, banyak universiti/kolej/pusat pusat pengajian yg menjalankan online class bagi memastikan mahasiswa tidak ketinggalan & saya amat teruja melihatkan para pensyarah yg sanggup belajar menggunakan platform online untuk mengajar. pic.twitter.com/FTjUlVTXDj
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) March 30, 2020
"Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak IPT menjalankan kelas dalam talian bagi memastikan mahasiswa tidak ketinggalan dan saya amat teruja melihatkan para pensyarah yang sanggup belajar menggunakan platform 'online' untuk mengajar. "Bukan mereka pilih untuk tidak turut serta dalam 'online class'. Tapi situasi mereka yang tidak mengizinkan. "Bayangkan betapa sukarnya untuk mereka belajar atau turut serta dalam 'online class' dalam keadaan bersesak di rumah dengan talian yang kerap terputus-putus dan berdepan keadaan tidak kondusif di rumah," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya di sini pada Isnin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kerajaan
#koronavirus
#menteri
#Muar
#Parlimen
#pelajar
#rumah
#sukan
#Tanggung Pengajian
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan