awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dua lagi kluster baharu dikesan di negara ini

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/11/2020
10:58 MYT
COVID-19: Dua lagi kluster baharu dikesan di negara ini
Dr Noor Hisham berkata, Kluster Cergas dikesan di Seremban dengan kes indeks disahkan positif COVID-19 pada 29 Oktober. -Gambar fail
PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan dua lagi kluster baharu COVID-19 yang dikesan, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu tersebut dikenali sebagai Kluster Cergas dan Kluster Permatang.
Katanya Kluster Cergas dikesan di Seremban dengan kes indeks disahkan positif COVID-19 pada 29 Oktober hasil saringan individu bergejala.
“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19 dan kesemuanya telah dimasukkan ke hospital,” katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.
Sementara itu, beliau berkata, Kluster Permatang dikesan di Kulim selain Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Timur Laut (Pulau Pinang).
Situasi terkini COVID-19 di Malaysia.
Situasi terkini COVID-19 di Malaysia.
Katanya, kluster itu melibatkan kes indeks yang mengalami jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) sebelum disahkan positif COVID-19 pada 31 Oktober dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.
Beliau berkata, saringan kontak rapat telah mengesan tujuh lagi kes positif COVID-19 dan kesemuanya telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kluster baharu
#kluster cergas
#kluster permatang
#KKM
#kes indeks
#Seremban
#Kulim
#Permatang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan