awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Elakkan aktiviti kunjung-mengunjung pada bulan Ramadan - Dr Noor Hisham

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
22/04/2020
10:03 MYT
COVID-19: Elakkan aktiviti kunjung-mengunjung pada bulan Ramadan - Dr Noor Hisham
Jelasnya, Kementerian Kesihatan (KKM) khuatir aktiviti tersebut yang menjadi kelaziman rakyat Malaysia, akan mengakibatkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan ahli keluarga. - Gambar hiasan
Menjelang bulan Ramadan yang bakal disambut pada Jumaat ini, umat Islam disarankan untuk terus kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, masyarakat Islam perlu menyesuaikan diri dengan normal baharu, selain mengelakkan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah rakan dan saudara sepanjang bulan tersebut.
Jelasnya, Kementerian Kesihatan (KKM) khuatir aktiviti tersebut yang menjadi kelaziman rakyat Malaysia, akan mengakibatkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan ahli keluarga.
“Umat Islam di negara ini diseru untuk menggunakan peluang semasa bulan Ramadan yang bakal menjelma untuk menjalankan aktiviti dan amalan keagamaan seperti persediaan juadah berbuka puasa dan solat berjemaah dengan keluarga di rumah masing-masing.
“Selain daripada meraikan bulan Ramadan bersama keluarga tersayang di rumah, langkah ini dapat membantu kita menjaga dan melindungi ahli keluarga yang dikasihi terutamanya ibu bapa yang tua dan anak-anak kecil daripada dijangkiti penyakit COVID-19,” katanya dalam sidang media, di sini pada Rabu.
Jelasnya, masyarakat perlu mengambil iktibar daripada penyebaran jangkitan COVID-19 dalam kluster Pengerang dan Sub-kluster Rembau, yang dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjung.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#Noor Hisham Abdullah
#rakyat Malaysia
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan