MALAYSIA
COVID-19: Enam kematian baharu direkod, empat BID

Sebanyak 1,501 kes dirawat di hospital dan 98 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan enam kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 35,526 orang, daripada 4.4 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat 58,436 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.Daripada jumlah itu, 56,776 individu atau 97.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 61 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 1,501 kes dirawat di hospital dan 98 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 35 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 63 lagi memerlukan mesin ventilator.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami