KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti sebanyak enam lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 di negara ini pada Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kluster baharu yang dilaporkan itu dikenali sebagai Kluster Tinusa, Kluster Sauh, Kluster Jambu, Kluster Sofi, Kluster Bah Mutiara, dan juga Kluster Umboo.
Kluster Tinusa
- Melibatkan daerah Sandakan di Sabah, di mana kes indeks kluster dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 6 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.
- Susulan kluster ini, sejumlah 586 individu telah disaring dan daripada jumlah itu 33 kes telah dikesan positif termasuk tiga kes baharu pada Khamis.
Kluster Sauh
- Melibatkan penularan di daerah Kota Kinabalu dan Papar di Sabah serta daerah Miri, Sarawak yang dikesan positif pada pada 13 Oktober hasil saringan bergejala yang telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
Kluster Jambu
- Dikesan di daerah Hulu Langat, Selangor, di mana kes indeks kluster telah disahkan positif COVID-19 pada 16 Oktober hasil saringan pra-pembedahan. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
BACA: COVID-19: 847 kes baharu, lima kematian dilaporkan
Kluster Sofi
- Kluster baharu yang melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks kluster ini didapati positif COVID-19 pada 20 Oktober hasil saringan bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Rembau.
- Seramai 34 kes dikesan positif hasil saringan 160 individu.
Kluster Bah Mutiara
- Melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor serta daerah Titiwangsa dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks disahkan positif COVID-19 pada 23 Oktober hasil saringan individu bergejala.
- Kes tersebut dikatakan mempunyai sejarah pulang dari Kawasan berisiko (Sabah) dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Kluster Umboo
- Dikesan di Alor Gajah, Melaka di mana kes indeks dikesan positif COVID-19 hasil saringan di Depoh Tahanan Imigresen pada 18 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka.
- Hasil saringan kontak rapat telah mengenal pasti tiga lagi kes positif.
Hilmi Malik
Thu Oct 22 2020

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kluster baharu yang dilaporkan itu dikenali sebagai Kluster Tinusa, Kluster Sauh, Kluster Jambu, Kluster Sofi, Kluster Bah Mutiara, dan juga Kluster Umboo. - Gambar fail/BERNAMA

Hari Guru | Tanggal 16 Mei cukup bermakna buat pendidik
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan guru umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat, onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang.

Hari Guru | Bekas guru besar tokoh Guru Kebangsaan 2022
Bekas guru dari Perlis dinobatkan sebagai Tokoh Guru 2022 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51.

Penduduk runsing, penat hadapi masalah tiada air, tekanan air rendah
Kadangkala tiada masalah air tapi tekanan air pula terlalu rendah dan sejak dua tahun lepas, itulah yang terpaksa mereka hadapi saban tahun.

Kucing selebriti dengan lebih 30,000 pengikut mati diracun
Yogi dipercayai diracun dengan racun tikus oleh individu tidak bertanggungjawab.
![AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967224/thumbnails/23621876161652701216313_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar: 1. Dua beradik lemas ketika mandi di Sungai Rayu, Matang 2. LKIM salur RM2.3 juta bagi bantu nelayan di Beluran 3. Laporan khas Hari Guru, kisah pengorbanan guru pedalaman #AWANInews #MalaysiaBangkit Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Sukan SEA Hanoi: Skuad Harimau Muda ikat perlawanan 2-2 dengan Kemboja
Perlawanan babak pertama kelihatan agak perlahan apabila pasukan Malaysia masih dalam usaha untuk membaca strategi pihak lawan.

Malaysia mohon 5,000 tambahan kuota haji - Idris
Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Kemuncak Lebaran | Dentuman meriam gergasi karbit halau pontianak
Di Kampung Melayu, Kota Pontianak, sambutan lebaran di sana mencapai kemuncak pada hari ketujuh dengan acara tembakan meriam gergasi karbit dan acara hiburan Halal Bihalal.

Komoditi | Produk lada Sarawak tembusi pasaran Kanada
Peluang memasarkan produk komoditi dari Sarawak ke pasaran antarabangsa tidak disia-siakan pengasas produk Lada Hitam Nang Ori. Menerusi pameran Halal Expo 2022 di Toronto, Kanada baru-baru ini. Awaeng Kwasin bijak menggunakan platform berkenaan bagi mempromosikan produk ladanya sebagai langkah pertama menembusi pasaran di sana.

Hari Guru 2022 | ISKUL pastikan anak tanpa negara terima pendidikan
Kanak-kanak tanpa warganegara atau 'stateless' memerlukan akses pendidikan yang sewajarnya. Tidak mahu golongan ini terus tercicir, Yayasan Hasanah sebuah Yayasan Khazanah Nasional menganjurkan Program Pendidikan Alternatif Iskul Sama Dilaut (ISKUL) di Pulau Omadal, Semporna.

PRU15 tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat - Tun M
Seperti orang lain, Tun M bimbang kes COVID-19 akan berterusan meningkat seandainya PRU15 diadakan.

COVID-19: Kes mingguan, kemasukan ke hospital meningkat
Kes baharu pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 meningkat sebanyak 119.2 peratus (8,732 kes kepada 19,137 kes).

COVID-19: Kes harian menurun kepada 2,239 pada Ahad
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4.47 juta kes.

Sambutan Hari Guru peringkat nasional diadakan di Kelantan buat kali pertama
Sambutan Hari Guru yang diadakan di Bachok ini dihadiri oleh sebahagian warga pendidik dari seluruh negara.

COVID-19: Singapura lapor tiga kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5
Ini adalah kes komuniti pertama yang disahkan membabitkan varian BA.4 dan BA.5

Vaksin COVID-19: Hampir 30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,058,626 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin.

COVID-19: Lapan kematian baharu di Korea Utara, jumlah kini 50
Korea Utara melaporkan lapan kematian baharu akibat COVID-19 dan 392,920 kes baharu dengan simptom susulan penularan virus di negara itu.

COVID-19: Vietnam gugur syarat ujian untuk ketibaan pengembara asing
Langkah dibuat ketika mana jumlah kes COVID-19 di Vietnam menurun dengan ketara sejak 15 Mac lalu.

Wat Machimmaram jadi tumpuan sempena Hari Wesak
Wat Machimmaram di Kampung Jubakar yang menempatkan patung Buddha duduk menerima kunjungan orang ramai.

Tiga beradik sanding serentak
Tiga beradik termasuk pasangan kembar sepakat memilih tarikh sama hari ini untuk melangsungkan persandingan di sebuah dewan.