awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jangkitan di Dewan Bedah Hospital Canselor Tuanku Muhriz terkawal

Bernama
Bernama
20/07/2021
05:52 MYT
COVID-19: Jangkitan di Dewan Bedah Hospital Canselor Tuanku Muhriz terkawal
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menafikan penularan mesej di media sosial yang mendakwa terdapat jangkitan COVID-19 tidak terkawal di Dewan Bedah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menegaskan bahawa kes COVID-19 melibatkan Dewan Bedah hospital berkenaan ketika ini adalah terkawal.
Pengurusan HCTM UKM dalam kenyataan memaklumkan semua kakitangan mereka terutamanya petugas kesihatan sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada di tempat kerja mahupun ketika berada di tempat lain.
"HCTM sangat prihatin terhadap peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan ini dan akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan kes COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menafikan penularan mesej di media sosial yang mendakwa terdapat jangkitan COVID-19 tidak terkawal di Dewan Bedah dan ia berpunca daripada ketidakpatuhan terhadap SOP terutamanya melibatkan pemakaian peralatan perlindungan peribadi (PPE).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HUKM
#dewan bedah
#Universiti Kebangsaan Malaysia
#Hospital Canselor Tuanku Muhriz
#HCTM
#media sosial
#KKM
#SOP
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#petugas kesihatan
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan