NATIONAL
COVID-19: Jawatankuasa Khas Kabinet Kluster Keselamatan dan Ekonomi ditubuhkan - Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut akan dipengerusikannya dan Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Kabinet memutuskan untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Khas Kabinet bagi membincangkan perkara berkaitan keseimbangan keselamatan rakyat dan ekonomi negara ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut akan dipengerusikannya dan Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Kerajaan menyedari keluh kesah masyarakat peniaga yang terjejas susulan penutupan premis sepanjang pelaksanaan PKP yang sudah memasuki fasa kedua berkuat kuasa sejak Selasa.
“Kami ingin pastikan COVID-19 dapat dihapuskan supaya rakyat terselamat daripada wabak ini.
“Bagaimanapun, seperti saya sebutkan, keutamaan kami adalah keselamatan dan kesihatan rakyat," tambahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami