awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jumlah dos vaksin diagihkan hampir 7.4 juta - Menteri Kesihatan

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2021
03:21 MYT
COVID-19: Jumlah dos vaksin diagihkan hampir 7.4 juta - Menteri Kesihatan
Sejumlah 168,956 dos diberikan di semua pusat pemberian vaksin di seluruh negara pada Ahad. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kekal mencatat kemajuan memberangsangkan apabila hampir 7.4 juta dos vaksin sudah diagihkan setakat ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sejumlah 168,956 dos diberikan di semua pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara pada Ahad.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan vaksin yang sudah diagihkan meningkat kepada 7,395,905 dos, menurut perkongsian grafik terbaharu di Twitter beliau pagi ini.
Daripada jumlah itu, katanya, lebih 5.3 juta atau 16.3 peratus individu sudah menerima dos pertama, manakala 2.08 juta atau 6.4 peratus lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Sementara itu, jumlah pemberian vaksin pada Ahad menurun lagi kepada 168,956 dos berbanding 187,877 pada hari sebelumnya.
Ia mencatatkan penurunan dua hari berturut-turut selepas lima hari berturut-turut sebelum itu mencatatkan angka melebihi 200,000.
Kadar pemberian vaksin harian tertinggi dicatatkan adalah 268,604 dos pada 24 Jun lalu.
Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dikongsi Dr Adham menunjukkan Sarawak kekal penerima tertinggi dos pertama vaksin dengan 953,982.
Ini diikuti Kuala lumpur 932,659, Selangor (851,118), Johor (430,145), Sabah (372,421), Perak (304,672), Pulau Pinang (265,670), Kedah (224,536), Kelantan (203,288), Pahang (197,704), Negeri Sembilan (165,697), Terengganu (143,387), Melaka (129,604), Perlis (66,106), Putrajaya (36,279) dan Labuan (31,581).
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 27 Jun 2021 ialah 7,395,905 dos. 168,956 dos pada 27 Jun. Jumlah yang terima dos pertama ialah 5,308,849 orang. Daripada jumlah itu, 2,087,056 orang juga terima dos kedua. Daftar di MySejahtera, https://t.co/jWUzMEwwWM Tel 1800888828 pic.twitter.com/FZx7gUwhZH
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) June 28, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#dos pertama
#PPV
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan