awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jumlah pesakit sembuh lepasi angka 1,000 - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
05/04/2020
11:51 MYT
COVID-19: Jumlah pesakit sembuh lepasi angka 1,000 - KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - BERNAMA
Situasi COVID-19 di negara ini menunjukkan perkembangan baik apabila jumlah keseluruhan pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad, melepasi 1,000 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 90 kes pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.
"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah 1,005 kes iaitu 27.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini hari ini.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham meminta masyarakat supaya memberikan maklumat secara jujur sekiranya terdapat sejarah kontak rapat kes positif COVID-19, membuat sejarah perjalanan ke luar negara atau pernah menghadiri perhimpunan yang berkait rapat dengan penularan jangkitan wabak itu.
Sebagai contoh, jelasnya, hasil siasatan yang dijalankan KKM terdapat satu kluster wujud daripada kes indeks positif COVID-19 dengan sejarah perjalanan ke luar negara iaitu sejarah perjalanan ke Itali (kes ke-1,580).
BACA: COVID-19: Empat lagi kematian, 179 kes baharu dicatat
"Setakat ini, daripada kluster itu 37 orang disahkan positif COVID-19, dengan lima kematian (iaitu kes ke-1,031, kes ke-1,032, kes ke-1,006, kes ke-2,850 dan kes ke-2,210), serta satu kes kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.
"Kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ketiga," katanya.
Beliau berkata sememangnya terdapat risiko bagi kes COVID-19 dari luar negara diimport ke Malaysia dan mengakibatkan penularan di dalam negara.
Wajarkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilanjutkan?#DudukRumah #HapusCOVID19
— Astro AWANI (@501Awani) April 5, 2020
Sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 180 negara di seluruh dunia terjejas akibat jangkitan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#discaj
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Ketua Pengarah Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#pesakit pulih sepenuhnya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan