awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kempen #MadaniMembantu dilancar, perkukuh usaha kerajaan bantu rakyat - Zulkifli
“Perang dengan Iran bukan piknik, tapi api yang membakar” - Kataib Hezbollah
Bersatu tak sabotaj Pas di Perlis, Muhyiddin nafi tuduhan pengkhianat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kadar kebolehjangkitan negara menurun, Sarawak tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2021
00:22 MYT
COVID-19: Kadar kebolehjangkitan negara menurun, Sarawak tertinggi
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, sementara yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend menurun sejak empat hari lalu.
Pada Jumaat, ia direkodkan pada 1.01 berbanding 1.02 pada hari sebelumnya.
Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Sarawak mencatat nilai Rt tertinggi dengan 1.23, diikuti Perlis (1.21), Sabah (1.18), Pulau Pinang (1.13), Johor (1.08), Perak (1.06), Kelantan (1.06), Kedah (1.04) dan Terengganu (1.03).
Manakala Pahang mencatat Rt sama dengan purata kebangsaan dan negeri/wilayah dengan nilai Rt lebih rendah ialah Melaka (0.99), Selangor (0.96), Kuala Lumpur (0.83), Negeri Sembilan (0.79) dan Putrajaya (0.78) .
Labuan pula mencatatkan lapan kes baharu.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, sementara yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#R-Naught
#kadar kebolehjangkitan
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan