awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih RM600,000 dibelanjakan bagi pendidikan di Parlimen Hang Tuah
Ngauman harimau di Proton CIty, Perhilitan hantar petugas untuk pantau
Agong berkenan tandatangan Akta Antibuli 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kadar lebihan kematian Malaysia rendah berbanding negara lain

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
25/04/2022
10:25 MYT
COVID-19: Kadar lebihan kematian Malaysia rendah berbanding negara lain
Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan kajian, lonjakan lebihan kematian hanya direkodkan antara Julai dan Ogos 2021 yang disebabkan gelombang varian Delta. - Gambar fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kajian lebihan kematian (excess mortality) yang dijalankan kumpulan penyelidik tempatan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 mendapati Malaysia berada di kedudukan yang baik berbanding negara-negara lain.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia adalah susulan tindak balas negara ketika mendepani COVID-19.
Katanya, berdasarkan kajian tersebut, lonjakan lebihan kematian hanya direkodkan antara Julai dan Ogos 2021 yang disebabkan gelombang varian Delta.
"Semasa berlakunya lonjakan kes yang disebabkan varian Delta, kita telah meningkatkan liputan vaksinasi di Lembah Klang dan tindakan itu ternyata dapat mengawal jangkitan varian Delta dengan cepat.
"Usaha itu menurunkan kes positif dengan cepat, lebih baik daripada jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya dalam sesi libat urus mengenai Lebihan Kematian Semasa Pandemik COVID-19 di Malaysia yang diadakan secara dalam talian di sini, pada Isnin.
Antara ahli panel yang terlibat, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM, Datuk Dr P Kalaiarasu dan Ketua Unit Pusat Penyelidikan Tinjauan Institut Kesihatan Umum, Institut Kesihatan Negara, Dr Shubash Shander Ganapathy.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, tindakan kesihatan awam yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) pada peringkat awal penularan COVID-19 iaitu antara Mac 2020 hingga Jun 2021 membuktikan ia adalah langkah yang baik.
"Apa yang kita lihat adalah kepatuhan kepada prosedur operasi standard yang penting, bukannya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya lagi.
Excess mortality atau lebihan kematian merujuk kepada bilangan kematian dalam tempoh tertentu melebihi kadar biasa, yang antara lain disebabkan oleh penyakit berbahaya.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#COVID-19
#Lebihan Kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan