awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran bar di Switzerland mungkin berpunca daripada bunga api pada botol minuman - Pihak berkuasa
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kembali meningkat, 6,148 kes baharu hari ini

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2021
11:21 MYT
COVID-19: Kembali meningkat, 6,148 kes baharu hari ini
Malaysia mencatatkan 6,148 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mencatatkan 6,148 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 2,448,372 kes.
Angka itu meningkat lebih 400 berbanding kes yang direkodkan pada Selasa, iaitu 5,726.
Sehingga 27 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,148 kes (2,448,372 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvTN7p Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 27, 2021
Sementara itu Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 563 pesakit dan daripada jumlah itu, 292 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 7,595 kes sekali gus angka kumulatif sembuh sehingga kini ialah 2,347,985.
Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu bagaimanapun hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.4 peratus.
Manakala selebihnya, 1.6 peratus atau bersamaan 101 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.
Kadar kematian setakat semalam mencatatkan sebanyak 84 kes menjadikan angka kumulatifnya sebanyak 28,576 kes.
Sementara itu, sembilan kluster baharu dikesan hari ini, membabitkan negeri Selangor, Kedah, Perak, Kelantan dan Kuala Lumpur.
Enam daripadanya adalah kluster tempat kerja, manakala bakinya adalah kluster pendidikan, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes baharu
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan