awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kenduri kesyukuran cetus kluster baharu

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
20/07/2021
14:42 MYT
COVID-19: Kenduri kesyukuran cetus kluster baharu
Masidi berkata majlis itu telah diadakan di kampung tersebut pada 3 Julai lepas. - Gambar hiasan/ BERNAMA
KOTA KINABALU: Majlis kenduri kesyukuran dipercayai menjadi pencetus satu kluster baharu COVID-19 di negeri ini iaitu Kluster Kampung Pukak di Tuaran yang membabitkan 17 kes kumulatif sehingga hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata majlis itu telah diadakan di kampung tersebut pada 3 Julai lepas, manakala kes indeks kluster itu, seorang lelaki berusia 47 tahun dikesan positif pada 9 Julai.
"Susulan kes itu, saringan 55 kontak rapat disaring dan 16 kes dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 17 kes termasuk sembilan kes baharu hari ini.
Saringan melibatkan kontak rapat dari Kampung Pukak, Kampung Pinagon dan Kuarters Loji Air Telibong 1," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata Sabah hari ini merekodkan 657 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri ini sebanyak 76,453 kes.
"Pesakit sembuh dibenarkan keluar hospital pula seramai 285 orang, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 71,748 orang," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Masidi Manjun
#kontak rapat
#Kluster Kampung Pukak
#Kluster baharu
#Tuaran
#Sabah
#kenduri kesyukuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan