KUALA LUMPUR: Kes baharu harian COVID-19 meningkat 6.1 peratus pada minggu epidemiologi (ME) ke-26 dari 26 Jun hingga 2 Julai iaitu 16,694 kes, berbanding 15,739 kes pada minggu sebelumnya (ME ke-25).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes kematian turut menunjukkan peningkatan dengan 26 kes berbanding 13 kes pada minggu sebelumnya.
"Bilangan kes sembuh pada ME ke-26 pula meningkat sebanyak 1.5 peratus iaitu 14,078 kes (ME ke-25) kepada 14,293 kes," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Dr Noor Hisham, purata kes aktif setiap hari bagi ME ke-26 adalah 28,956 kes iaitu peningkatan sebanyak 3.4 peratus berbanding ME ke-25, manakala jumlah kumulatif kes baharu kini 4,571,355.
Beliau memaklumkan jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 10 peratus pada ME ke-26 berbanding minggu sebelumnya.
Dr Noor Hisham berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 22 peratus, dengan pesakit kategori 1 dan 2 meningkat 31 peratus, sementara pesakit kategori 3, 4, dan 5 meningkat 13 peratus.
Katanya didapati trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Maya) pada akhir ME ke-26 menunjukkan kenaikan sebanyak 24.7 peratus iaitu 43,203 kes berbanding pada akhir ME ke-25 dengan 34,639 kes.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan purata nilai kadar kebolehjangkitan (RT) menunjukkan penurunan sebanyak 0.9 peratus pada ME ke-26 berbanding ME ke-25.
Sehingga kini, katanya terdapat 10 kluster COVID-19 yang masih aktif dan dipantau di negara ini.
Sementara itu berhubung survelan penyakit seperti influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) bagi COVID-19, beliau berkata kadar positif sampel ILI pada ME ke-26 menurun 21.7 peratus manakala kadar positif sampel SARI kekal sifar peratus pada ME ke-26.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022
Dr Noor Hisham berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 22 peratus, dengan pesakit kategori 1 dan 2 meningkat 31 peratus. - Gambar fail/BERNAMA
Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, pada jam 11 pagi tadi.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7360/7405 berbanding dolar US daripada 4.7380/7405 ketika ditutup pada Isnin.
Projek bercampur Ho Hup bernilai RM1 bilion di Bukit Jalil dihentikan, Exsim beli tanah RM110 juta
Perjanjian pelupusan yang dimeterai bertujuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan kumpulan itu.
Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town
Sejak pukul 11 malam hingga 1 pagi, sebanyak 10 lokasi pokok tumbang dan dahan patah dilaporkan kepada petugas aduan hotline MBPP.
PRK KKB: Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar
Menurut Sock Tao, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Tarmimi pasti merindui gurauan Hail Amir
Allahyarham Hail Amir yang dikenali sejak zaman bujang seorang yang disayangi ramai sahabat, kongsi Ahmad Tarmimi.
Prestasi ringgit setakat 7 Mei 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar dolar AS/ringgit bermula rendah pada RM4.7330 semasa awal sesi dagangan hari ini namun kemudiannya susut secara beransur-ansur ke arah RM4.7413 pada sesi petang.
Cef maut motosikal langgar kerbau
Muhammad Firdaus Mohamad, beralamat di Sungai Panching Timur disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 7 Mei 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 4.48 bilion unit bernilai RM3.12 bilion daripada 3.87 bilion unit bernilai RM3.15 bilion pada minggu lepas.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.