awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes di HUS bukan berpunca daripada pengendalian pesakit

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
30/04/2020
09:01 MYT
COVID-19: Kes di HUS bukan berpunca daripada pengendalian pesakit
Dr Noor Hisham berkata, pihaknya telah memulakan aktiviti perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MHPSS) di semua fasiliti kesihatan KKM. Gambar Bernama
Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan tiada kes yang berpunca daripada pengendalian pesakit disahkan positif dari wad COVID-19 dan unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan kes di HUS berkait rapat dengan kluster terbesar di Kuching, iaitu kluster persidangan keagamaan di sebuah gereja.
"Sehingga semalam, seramai 2,003 orang kontak rapat telah dikenal pasti susulan aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif yang dijalankan oleh KKM.
"Kita juga mendapati 1,950 anggota kesihatan negatif ujian pengesanan COVID-19.
"Susulan penularan jangkitan ini, langkah mengekang dengan ketat sedang dijalankan, termasuk proses nyah cemar di semua kawasan berkaitan dan aktiviti mobilisasi anggota dari hospital dan klinik kesihatan berdekatan," katanya dalam sidang media harian pada Khamis.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham meminta semua anggota kesihatan yang terbabit menjalani ujian saringan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Dr Noor Hisham berkata, pihaknya telah memulakan aktiviti perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MHPSS) di semua fasiliti kesihatan KKM termasuk bantuan awal psikologi secara individu dan berkumpulan.
"Sokongan emosi dan kaunseling kepada anggota-anggota kesihatan turut diberikan melalui perkhidmatan atas talian yang telah diwujudkan di peringkat hospital dan negeri," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#ICU
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Kuching
#Media
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan