awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes harian mula menurun sehingga 10,000 kes

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2022
02:10 MYT
COVID-19: Kes harian mula menurun sehingga 10,000 kes
Malaysia terus mencatatkan penurunan kes harian COVID-19 apabila negara merekodkan 10,002 kes baharu pada Isnin. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia terus mencatatkan penurunan kes harian COVID-19 apabila negara merekodkan 10,002 kes baharu pada Isnin.
Daripada jumlah itu, 9,913 kes (99.11%) adalah dari kategori satu dan dua, manakala 89 (0.89%) kes adalah kes kategori tiga, empat, dan lima.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 9,904 kes adalah kes jangkitan tempatan, manakala 98 kes adalah kes import.
Sebanyak 236 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 140 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah 23,302 kes.
Semalam tiada kluster baharu direkodkan, namun 173 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.86, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.03.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#R-Naught
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan