awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes sembuh 5,718, jangkitan baharu 2,720 dan lapan kematian

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2021
10:27 MYT
COVID-19: Kes sembuh 5,718, jangkitan baharu 2,720 dan lapan kematian
Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) turut merekodkan 19 kluster baharu. - Gambar fail
PUTRAJAYA :Malaysia mencatatkan lapan lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian negara adalah sebanyak 983 kes.
Dalam masa sama, sebanyak 2,720 kes baharu COVID-19 dilaporkan, dan jumlah kumulatif kes jangkitan virus itu di negara ini adalah 269,165 kes .
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes baharu itu melibatkan kes tempatan.
Tiada sebarang kes import direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Pada Selasa juga, Kementerian Kesihatan, kata Dr Noor Hisham mencatatkan seramai 5,718 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang.
Ini menjadikan jumlah pesakit yang sembuh mengatasi angka jangkitan baharu.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 44,129 kes.
Manakala negeri Selangor, kata beliau, mencatatkan jangkitan baharu COVID-19 tertinggi dengan 1,300 kes diikuti Johor (451 kes) dan Kuala Lumpur (318 kes).
Setakat ini juga, seramai 253 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 118 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kementerian Kesihatan turut memaklumkan terdapat 19 kluster baharu dikenal pasti.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#Malaysia
#COVID-19
#kes positif
#Kes sembuh
#kematian
#kes baharu
#kluster
#Ketua Pengarah Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan