awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian tujuh beradik miliki kad pengenalan berakhir
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes sembuh kumulatif kini 2.4 juta - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
05/11/2021
13:20 MYT
COVID-19: Kes sembuh kumulatif kini 2.4 juta - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini memaklumkan kes baharu pula mencatat penurunan iaitu 4,922 kes berbanding 5,713 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini 2,497,265. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kumulatif kes sembuh COVID-19 di negara ini kini 2,401,823 kes selepas 5,579 lagi kes sembuh direkodkan sehingga 12 tengah hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini memaklumkan kes baharu pula mencatat penurunan iaitu 4,922 kes berbanding 5,713 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini 2,497,265.
"Daripada 4,922 kes harian yang dilaporkan hari ini, 80 kes atau 1.6 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 4,842 kes atau 98.4 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.
"Sebanyak 4,912 kes tempatan direkodkan, melibatkan 4,690 warga tempatan dan 222 bukan warganegara manakala baki 10 kes adalah kes import," katanya.
Dr Noor Hisham memaklumkan kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi adalah 549 kes dengan 282 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dr Noor Hisham berkata sebanyak tiga kluster baharu dikenal pasti hari ini membabitkan Kedah, Johor dan Kuala Lumpur.
Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt), beliau berkata negara kini merekodkan nilai 0.94 dengan Putrajaya mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.11 dan nilai sifar direkodkan di Labuan.
Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kes sembuh
#COVID-19
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan