PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan supaya ujian berkala COVID-19 dibuat dua minggu sekali terhadap petugas dan ahli Parlimen yang bersidang di Dewan Rakyat.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini ujian berkenaan hanya dibuat tiga hari sebelum sesi persidangan Parlimen bermula.
Dr Noor Hisham berkata, cadangan langkah proaktif membendung penularan wabak COVID-19 itu akan dikemukakan di Parlimen dalam masa terdekat.
“KKM mencadangkan ujian berkala iaitu bukan hanya tiga hari sebelum permulaan sesi Parlimen tetapi dilakukan dua minggu sekali.
“Kami akan membentangkan cadangan itu di Parlimen dan saya telah berbincang dengan Speaker (Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun).
“Kami berharap mereka akan mempertimbangkan cadangan ini. KKM sudah memperketatkan kehadiran petugas di Parlimen iaitu mewajibkan mereka untuk menjalani ujian saringan dan jika boleh, menggunakan sesi video,” katanya pada sidang media harian KKM di Putrajaya pada Selasa.
Beliau juga menasihati semua petugas dan ahli Parlimen untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Walaupun terdapat saringan suhu, 60 hingga 70 peratus daripada pembawa jangkitan COVID-19 ialah individu yang tidak bergejala.
“Risiko tetap ada tetapi KKM akan menjalankan penilaian risiko dari semasa ke semasa dan kami akan bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain untuk mengelakkan berlaku jangkitan di Parlimen," katanya.
Pada Isnin, Dr Noor Hisham berkata tujuh individu yang sepatutnya bertugas di Parlimen disahkan positif COVID-19.
Isabelle Leong
Tue Nov 03 2020
Dr Noor Hisham berkata, ketika ini ujian berkenaan hanya dibuat tiga hari sebelum sesi persidangan Parlimen bermula. -Bernama
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
COVID-19: KKM cadang ujian saringan setiap dua minggu terhadap petugas, ahli Parlimen
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mencadangkan supaya ujian berkala COVID-19 dijalankan ke atas petugas dan Ahli Parlimen yang bersidang di Parlimen.