awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MCMC tumpaskan kegiatan pemancar Stesen Pangkalan Palsu hantar SMS scam
Penerbangan terus Qingdao-Pulau Pinang bermula 31 Mac - Exco
Kementerian Pertahanan perkukuh penggunaan digital dan AI - Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM teliti trend tempahan slot vaksinasi di PPV

Bernama
Bernama
22/12/2023
09:50 MYT
COVID-19: KKM teliti trend tempahan slot vaksinasi di PPV
Dzulkefly berkata sekiranya slot janji temu di sesebuah PPV telah penuh, orang ramai dinasihati memilih PPV lain yang masih mempunyai slot tempahan janji temu pada minggu berlainan. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti trend tempahan janji temu slot vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan akan meningkatkan jumlah slot di pusat yang mempunyai permintaan vaksinasi tinggi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata orang ramai boleh hadir ke PPV seperti yang tersenarai dalam MySejahtera secara tanpa janji temu bagi mendapatkan vaksinasi namun ia bergantung kepada turutan mengikut waktu ketibaan dan ketersediaan vaksin di PPV pada hari berkenaan.
"Maklumat pertambahan atau perubahan kepada bilangan slot janji temu di sesebuah PPV akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehingga 21 Dis, sebanyak 426 klinik kesihatan seluruh negara menawarkan pemberian vaksin COVID-19.
Dzulkefly berkata sekiranya slot janji temu di sesebuah PPV telah penuh, orang ramai dinasihati memilih PPV lain yang masih mempunyai slot tempahan janji temu pada minggu berlainan.
Beliau turut menegaskan bahawa pengambilan vaksin COVID-19 pada masa ini adalah secara sukarela, namun digalakkan terutama bagi golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau individu yang mempunyai komorbiditi.
Selain secara jumpa terus, orang ramai boleh membuat janji temu menggunakan aplikasi MySejahtera sebagaimana tatacara tempahan yang dibuat semasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KKM
#Pusat Pemberian Vaksin
#trend tempahan slot vaksinasi
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan