awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kluster Kuarters dikesan di Tongod, Sabah

Astro Awani
Astro Awani
21/09/2020
09:20 MYT
COVID-19: Kluster Kuarters dikesan di Tongod, Sabah
Dr Noor Hisham berkata, Sabah mencatat kes tertinggi dengan 49 kes antaranya Kluster Pulau (14) dan Kluster Selamat (12). - Gambar BERNAMA
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu COVID-19 di Tongod, Sandakan, Sabah iaitu Kluster Kuarters.
Selain kluster baharu itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut mengumumkan, jangkitan COVID-19 di negara ini menyaksikan peningkatan kepada 57 kes pada Isnin berbanding 52 pada Ahad.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 51 kes merupakan penularan tempatan membabitkan 45 warganegara dan enam bukan warganegara, manakala enam lagi adalah kes import membabitkan satu rakyat tempatan dan lima bukan warga negara.
"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 751 kes," katanya.
Kluster Kuarters dikenal pasti oleh kementerian hasil saringan yang telah dijalankan di sekitar daerah Tongod susulan seorang petugas kesihatan yang didapati positif ujian saringan RTK Antigen pada 4 September lalu.
"Petugas itu telah disaring sebagai saringan rujukan ke hospital. Namun, ujian pengesahan COVID-19 ke atas beliau (iaitu rt-PCR) didapati negatif.
"Saringan di sekitar daerah Tongod yang bermula pada 6 September 2020 telah melibatkan masyarakat setempat termasuk petugas kesihatan Klinik Kesihatan tersebut.
"Lima kes positif COVID-19 telah dikenal pasti setakat ini. Kesemua kes positif (iaitu kes ke-10253 hingga ke-10257) dalam kluster ini merupakan warganegara," jelasnya.
Tambah Dr Noor Hisham, kesemua mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk rawatan.
Sementara itu, beliau turut berkata, sehingga 21 September (hari ini), sejumlah 117 individu telah disaring dan lima dikesan positif COVID-19 sementara 112 lagi masih menunggu keputusan.
Beliau turut memberitahu, negeri Sabah turut mencatat kes tertinggi dengan 49 kes antaranya Kluster Pulau (14) dan Kluster Selamat (12).
Sementara itu katanya, terdapat sembilan kes di unit rawatan rapi (ICU) dan dua lagi memerlukan bantuan pernafasan.
Kata beliau, tiada kematian direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 kekal sebanyak 130 kes.
Topic Berkaitan
#COVID19
#ICU
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#rakyat
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan