awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lajim Ukin belum sedar namun stabil

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
26/08/2021
09:57 MYT
COVID-19: Lajim Ukin belum sedar namun stabil
Khabar terkini itu disahkan Ketua Bersatu Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih ketika diminta mengulas berkenaan keadaan terkini Lajim. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Datuk Seri Lajim Ukin, yang ditidurkan akibat jangkitan COVID-19 pada Selasa lalu kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Keadaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu disahkan Ketua Bersatu Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih ketika diminta mengulas keadaan terkini Lajim yang dirawat akibat jangkitan COVID-19 di Hospital KPJ, di sini, sejak 13 Ogos lalu.
Ia susulan mesej yang tersebar di media sosial mengatakan bekas Ahli Parlimen Beaufort itu kembali stabil selepas dua hari ditidurkan berikutan keadaan kesihatannya yang sebelum ini dilaporkan merosot.
"Ya. Apa yang ada dalam WhatsApp itu betul (mesej yang tular tetapi dia (Lajim) belum sedar, cuma dia dalam keadaan stabil sejak semalam (Rabu)," katanya.
Isnin yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata, beliau turut menerima maklumat daripada ahli keluarga terdekat berhubung perkembangan terkini kesihatan Lajim.
Difahamkan, tekanan dan kandungan oksigen dalam darah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu juga dalam keadaan normal.
Lajim, 66, dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19 ketika mendapatkan rawatan kerana kurang sihat sekembalinya dari lawatan kerja kerajaan negeri di Kudat pada 12 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#Lajim Ukim
#COVID-19
#kesihatan
#ahli parlimen beaufort
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan