awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi sistem penjagaan warga emas perlu dipercepat - Nancy
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: MAB batalkan tiga penerbangan yang disewa khas bawa balik penumpang kapal persiaran

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/02/2020
09:39 MYT
COVID-19: MAB batalkan tiga penerbangan yang disewa khas bawa balik penumpang kapal persiaran
Untuk tujuan tersebut, pihak MAB sebelum ini menyediakan pesawat berkenaan bermula 14 Februari sehingga 16 Februari (hari ini). - Gambar fail
Malaysia Airlines Bhd (MAB) membatalkan tiga pesawat khas yang disewa oleh Syarikat Kapal Persiaran Hollan American Line susulan penumpang kapal persiaran mewah MS Westerdam disahkan positif koronavirus (COVID-19).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, empat pesawat terbabit telah disewa bagi membawa pulang sebahagian penumpang kapal persiaran tersebut dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sihanoukville, Kemboja ke pelbagai destinasi terakhir penumpang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jelasnya, untuk tujuan tersebut, pihak MAB sebelum ini menyediakan pesawat berkenaan bermula 14 Februari sehingga 16 Februari (hari ini).
“Setakat ini, hanya satu penerbangan sewa khas MH8763 yang membawa 145 orang penumpang telah mendarat di KLIA pada 14 Februari sekitar pukul 7 petang.
“Pihak KKM telah memaklumkan kepada MAS berkenaan kes positif daripada ujian yang dijalankan.
“Sehubungan dengan itu, penumpang-penumpang lain pesawat tersebut dianggap kontak rapat. Berdasarkan kepada keputusan tersebut, MAS telah membatalkan baki penerbangan sewa khas lain,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19, di sini, pada Ahad. [LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
BACA: 143 penumpang kapal persiaran MS Westerdam lepas ujian saringan
BACA: Kapal persiaran berlabuh di China tidak dibenarkan masuk Malaysia - TPM
Dr Wan Azizah sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi berhubung Penyakit COVID-19, di sini.
Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohtar Mohd Abdul Rahman.
Sebelum itu, Wan Azizah memaklumkan kesemua 145 penumpang yang tiba di KLIA telah menjalani ujian saringan sebelum pihak berkuasa berjaya mengesan seorang penumpang wanita warga Amerika Syarikat bergejala dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.
Kapal persiaran MS Westerdam, yang didaftarkan di Belanda, tidak dibenarkan berlabuh di Jepun, Taiwan, Guam, Filipinda dan Thailand, sebelum berlabuh di Kemboja pada 13 Februari lalu.
Kapal milik Holland America Line di Seattle, Kanada itu berlepas dari Hong Kong pada 1 Februari lalu.
Ia sepatutnya mengakhiri pelayaran selama 14 hari di Shanghai, tetapi menukar destinasi ke Yokohama, Jepun susulan penularan wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#coronavirus
#COVID-19
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#Kemboja
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Media
#MS Westerdam
#penerbangan
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan