awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia catat 8,209 jangkitan baharu, 103 kematian - Dr Noor Hisham

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/06/2021
06:56 MYT
COVID-19: Malaysia catat 8,209 jangkitan baharu, 103 kematian - Dr Noor Hisham
Pertambahan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 595,374 kes, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu harian COVID-19 terus menunjukkan peningkatan dengan 8,209 jangkitan direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu berbanding semalam 7,703.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan terbaharu di Twitternya hari ini berkata, jumlah pertambahan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 595,374 kes.
Selangor, tulis beliau, terus menjadi negeri tertinggi jumlah kes baharu iaitu sebanyak 3,125, diikuti Kuala Lumpur (801), Johor (752), Sarawak (594), dan Negeri Sembilan (576).
Sehingga 3 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,209 kes (595,374 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 3,125 (194,847) Sabah - 203 (63,019) WPKL - 801 (60,973) Johor - 752 (60,120) Sarawak - 594 (49,214) Pulau Pinang - 303 (29,736) pic.twitter.com/sSQItylvDm
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 3, 2021
Sementara itu, berdasarkan kenyataan hariannya, beliau berkata, jumlah kematian telah mencatatkan tiga angka untuk hari kedua berturut-turut, iaitu sebanyak 103 kematian baharu hari ini.
"Sebanyak 103 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 26 kes di Selangor, 15 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Johor, masing-masing lapan (8) kes di Sarawak dan Kelantan, tujuh (7) kes di Sabah, masing-masing enam (6) kes di Negeri Sembilan dan Terengganu.
"Selain itu, masing-masing empat (4) kes di Pulau Pinang dan Kedah, masing-masing dua (2) kes di Melaka dan Pahang, serta satu (1) kes di Perak," katanya lagi.
Dr Noor Hisham berkata, angka pesakit yang dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU) pula telah meningkat kepada 880 orang dengan 446 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara angka pesakit sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 ialah seramai 7,049, menjadikan jumlah kumulatif sembuh seramai 508,947 atau 85.5 peratus.
Angka kluster baharu yang dicatat hari ni pula sebanyak 24 kluster, menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 683.
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#kes positif
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan