awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemasukan awal ke tahun satu secara sukarela sesuai dengan perkembangan dan potensi kanak-kanak
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia catat kadar kebolehjangkitan tertinggi 1.27

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
07/02/2022
03:28 MYT
COVID-19: Malaysia catat kadar kebolehjangkitan tertinggi 1.27
Malaysia terus merekodkan trend peningkatan bagi kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19. -Gambar fail/BERNAMA
MALAYSIA terus merekodkan trend peningkatan bagi kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19.
Ia direkodkan pada 1.27 pada Ahad berbanding 1.20 pada Sabtu, sekali gus menjadi R-naught tertinggi pernah dicatatkan negara.
Sebanyak dua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Sabah mencatat kadar tertinggi dengan 1.47 dan diikuti Perlis dengan 1.40.
Ini diikuti Sarawak dengan 1.30 manakala Labuan, Putrajaya, dan Kedah masing-masing mencatat 1.25.
Seterusnya Terengganu (1.23), Johor (1.22), Selangor (1.21), Pulau Pinang (1.20) dan Pahang (1.20).
Diikuti Melaka (1.16), Perak (1.15), Negeri Sembilan (1.13), Kelantan (1.11) dan Kuala Lumpur (1.10).
Kementerian Kesihatan (KKM) pada Ahad menjangkakan kes jangkitan COVID-19 dalam negara boleh mencapai sehingga 22,000 kes pada akhir Mac ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangkaan itu berdasarkan nilai kebolehjangkitan dalam negara ketika ini ialah Rt 1.2.
Sebelum ini, R-naught tertinggi yang pernah dicatatkan adalah 1.21 pada 23 Mei 2021.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 6 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.27. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran pic.twitter.com/CU7qVkwB6y
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 7, 2022
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#R-Naught
#kadar kebolehjangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan