awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia catat kematian ke-10

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2020
09:39 MYT
COVID-19: Malaysia catat kematian ke-10
Daripada 123 kes baru, 74 adalah dari kluster perhimpunan tabligh manakala 49 lagi adalah dari lain-lain kluster dan masih disiasat untuk kepastian. - Gambar fail
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham hari ini mengesahkan Malaysia telah mencatat kematian ke-10 pada Ahad susulan dua lagi kematian dilaporkan pada 22 Mac 2020.
Beliau berkata kematian itu masing-masing melibatkan kes ke-890 iaitu doktor perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kes ke-259 iaitu daripada kluster tabligh di Sri Petaling.
Mangsa ke-10 merupakan seorang lelaki berusia 74 tahun dari kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke hospital Pulau Pinang pada 13 Mac selepas mengalami simptom pada 8 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meninggal dunia pada jam 4.05 petang Ahad.
Manakala kes kematian ke-9 membabitkan seorang lelaki berumur 48 tahun.
"Kes kesembilan merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara ke Turki. Beliau merupakan kakitangan KKM yang sebelum ini dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Daripada 123 kes baharu, 74 adalah dari kluster perhimpunan tabligh manakala 49 lagi adalah dari lain-lain kluster dan masih disiasat untuk kepastian.
Sehingga kini, seramai 46 kes positif dirawat di ICU.
Data Covid-19
Data Covid-19
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Ketua Pengarah Kesihatan
#kluster jemaah tabligh
#koronavirus
#mangsa
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan