awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pertikai pelantikan Leftenan Jeneral, Pas beri amaran tindakan disiplin
MALAYSIA
Laluan masuk Plaza Tol Ayer Hitam ditutup susulan tumpahan kimia
DUNIA
Iran umum penarikan semula sekatan internet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

COVID-19: Malaysia memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April 2022 - PM

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
08/03/2022
09:56 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Malaysia memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April 2022 - PM
Menurut Ismail Sabri, fasa itu merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke Fasa Endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). - Sumber foto JAPEN
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ bermula 1 April 2022.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta selepas meneliti syor daripada menteri kuartet.
Tegasnya, peralihan fasa tersebut merupakan ‘exit strategy’ bagi membolehkan rakyat Malaysia kembali ke kehidupan hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
“Bermula 1 April 2022 dalam fasa peralihan ke endemik, pemakaian pelitup muka di tempat awam masih wajib dipatuhi setiap individu.
[TERKINI] Sidang Media Khas Perdana Menteri I 8 Mac 2022
BACA: COVID-19: Kerajaan ambil langkah cermat sebelum isytihar endemik - Khairy
BACA: Kerajaan teliti wujudkan 'duta endemik' - Annuar Musa
“Had waktu bagi premis perniagaan dimansuhkan. Premis boleh laksanakan waktu operasi masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis tersebut.
“Ini bermakna rakyat boleh makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam. Ada kedai, ada restoran yang buka selama 24 jam, itu juga dibenarkan,” katanya dalam sidang media khas di Parlimen pada Selasa.
Katanya lagi, fasa itu merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Tambah beliau, peraturan baharu itu juga terpakai kepada semua premis terutamanya dalam bulan Ramadan kelak.
Endemik | Membuka semula sempadan dengan selamat
“Sewaktu bulan Ramadan, kita tahu ramai bersahur di luar, di restoran-restoran jadi oleh kerana itu restoran dibenarkan buka sehingga 24 jam, tertakluk syarat lesen, maka ia mempermudahkan umat Islam untuk bersahur di restoran.
“Pendaftaran kemasukan guna MySejahtera masih diwajibkan tapi dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan ramai.
“Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu, pengunjung,” ujarnya.
[TERKINI] Sidang Media Khas Perdana Menteri I 8 Mac 2022
Topic Berkaitan
#endemik
#fasa peralihan
#ismail sabri yaakob
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami