PONTIAN: Kerajaan sedang meneliti untuk mewujudkan pasukan 'duta endemik' COVID-19 iaitu kelompok sukarelawan yang dianggotai oleh pelbagai pihak termasuk ahli-ahli Komuniti Keluarga Malaysia di seluruh negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 dalam kalangan masyarakat dipatuhi bersesuaian dengan suasana fasa endemik nanti.
Beliau berkata ini kerana pelaksanaan penguatkuasa Kementerian Kesihatan (KKM) dan undang-undang sahaja tidak memadai bagi memastikan keselamatan serta kesihatan rakyat terjamin apabila negara beralih ke fasa tersebut.
"Fasa endemik bermakna virus (COVID-19) masih ada dalam kalangan kita tetapi kehidupan perlu kembali normal tetapi memerlukan penguatkuasaan atau kawalan kendiri yang sesuai dengan suasana hidup dengan COVID-19.
"Untuk itu, yang sangat diperlukan adalah penguatkuasaan kendiri oleh individu keluarga masyarakat dan ia sukar untuk dilaksanakan kalau tiada kalangan komuniti sendiri untuk mengingatkan (SOP)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Keluarga Peringkat Negeri Johor (Zon Barat) di Tanjung Piai, dekat sini hari ini.
- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berucap ketika hadir pada Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Keluarga Malaysia Zon Barat hari ini. - Foto BERNAMA
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Kerajaan teliti wujudkan 'duta endemik' - Annuar Musa
Kerajaan sedang meneliti untuk mewujudkan pasukan 'duta endemik' COVID-19.