awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Nilai R-naught meningkat kepada 0.88, Putrajaya tertinggi

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
12/10/2021
02:49 MYT
COVID-19: Nilai R-naught meningkat kepada 0.88, Putrajaya tertinggi
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia pada Isnin meningkat sedikit kepada 0.88. -BERNAMA
KADAR kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia pada Isnin meningkat sedikit kepada 0.88.
Nilai R-naught itu meningkat 0.01 berbanding Ahad pada 0.87.
Dalam infografik yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitternya, sebanyak 12 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Putrajaya mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.08.
Ini diikuti Negeri Sembilan, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, dan Melaka.
Turut mencatat angka melebihi purata kebangsaan termasuk Kedah, Selangor, Perak serta Sabah.
Sementara itu, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan.
Labuan merekodkan sifar kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 11 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.88. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/27fkcprGzT
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 12, 2021
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kadar kebolehjangkitan
#R-Naught
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan