awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pemberian dos harian lepasi 300,000, 20.2 peratus penduduk sudah terima dos pertama - Khairy

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2021
05:41 MYT
COVID-19: Pemberian dos harian lepasi 300,000, 20.2 peratus penduduk sudah terima dos pertama - Khairy
Jumlah kumulatif penerima dos pertama di seluruh negara kini telah mencapai 20.2 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia. - Foto: Bernama
PUTRAJAYA: Jumlah pemberian harian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di seluruh negara semalam, telah melepasi angka 300,000 buat kali pertama, iaitu 313,761, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
Menerusi paparan grafik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang beliau kongsikan hari ini, penerima dos pertama semalam ialah seramai 196,603 orang, manakala penerima dos kedua ialah 117,158 orang.
Selain itu, jumlah kumulatif penerima dos pertama di seluruh negara kini telah mencapai 20.2 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia, iaitu seramai 6,585,002 orang.
Berdasarkan grafik terbabit, rakyat Selangor merupakan yang tertinggi menerima dos vaksin semalam, iaitu 48,693 penerima dos pertama, dan 19,402 penerima dos kedua, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 67,735 orang.
Ia diikuti Sarawak dengan 29,376 penerima dos pertama, dan 26,692 penerima dos kedua, dengan jumlah keseluruhan seramai 56,068 orang.
Kuala Lumpur pula di tempat ketiga, dengan 37,838 orang penerima dos pertama, dan 10,639 orang penerima dos kedua, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 48,477 orang.
Topic Berkaitan
#JKJAV
#vaksin
#COVID-19
#dos pertama
#dos kedua
#bekalan vaksin
#Dr Adham Baba
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#CITF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan