awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Peningkatan jumlah kes bukan 'gelombang ketiga' - KP Kesihatan

Fareez Azman
Fareez Azman
03/04/2020
11:09 MYT
COVID-19: Peningkatan jumlah kes bukan 'gelombang ketiga' - KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ditemui dalam sidang media di KKM, Putrajaya pada Jumaat. Gambar Fail
Peningkatan 217 kes positif COVID-19 pada Jumaat (3 Apr) bukan disebabkan gelombang ketiga, sebaliknya jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia disebabkan langkah pro-aktif pihaknya menjalankan Pengesan Kes Aktif.
"Kita menjangkakan peningkatan kes pada pertengahan April ini. Ia lebih kepada kes dari luar negara. Tetapi terdapat penambahan 200 kes, (kerana) ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang kita lakukan.
"KKM menjalankan saringan kesihatan secara keseluruhan penduduk, contohnya di Kampung Sungai Lui di mana terdapat lima kampung Melayu dan dua perkampungan Orang Asli.
"Kita berjaya mengesan dan memberi rawatan kepada 41 pelajar tahfiz disana, juga di Sri Petaling dan 41 kes positif dan dimasukkan ke dalam wad di hospital. Sebab itu kita lakukan Pengesan Kes Aktif bermaksud kita kesan mereka, saring, kuarantin dan rawat mereka," katanya.
Jelas Noor Hisham, KKM berjaya meningkatkan keupayaan 43 buah makmal ketika ini untuk pengesanan sampel saringan di seluruh negara - 14 buah makmal kerajaan termasuk di Sibu dan Queen Elizabeth, Sabah, kita ada makmal IMR, jadi jumlah keseluruhan 20 buah makmal. Kita juga ada 7 buah makmal swasta, sebuah Institut Gnome, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 14 dari universiti.
Sehingga kini tambahnya, kapasiti makmal di universiti akan ditingkatkan dan boleh menyaring 2,000 hingga 3,000 kes dalam tempoh beberapa hari. Jadi kita boleh tambah kepada 16,500 saringan menggunakan COVID-19 RT-PCR Test.
"Kita harapkan agar kita boleh meneruskan kit ujian dengan ketepatan sehingga 75 peratus ke atas. Itu yang terbaik untuk kita. Ketika ini kita hanya ada kit ujian dengan 56 peratus ketepatannya.
"Jika melihat kepada garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jika ujian dijalankan dalam sesuatu komuniti mendapati lebih banyak kes positif dikesan, ia menunjukkan terdapat banyak kes tidak dikesan.
"Garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), (menyatakan) 10 peratus daripada 100 ujian dijalankan adalah positif. Sehingga kini, kes keseluruhan di negara ini sebanyak 45,378 dan 3,333 daripadanya positif. Bermakna kita berada pada tahap 7.3 peratus dan sebanyak 7,000 kes yang masih belum didapati keputusannya," katanya.
Jika ditolak kes yang belum dikeluarkan keputusan itu, ujar Noor Hisham, Malaysia masih dalam garis panduan WHO iaitu sembilan peratus.
Beliau berkata demikian dalam sidang media KKM di Putrajaya pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#PKPD
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan