awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Penting kuarantin, 85 peratus pesakit di Sabah tiada gejala awal - JKNS

Bernama
Bernama
21/04/2020
02:52 MYT
COVID-19: Penting kuarantin, 85 peratus pesakit di Sabah tiada gejala awal - JKNS
Daripada 293 kes COVID-19 yang dianalisis di Sabah, 249 kes didapati tidak mempunyai gejala awal. - Gambar BERNAMA
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sangat menekankan kepentingan kuarantin bagi individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar atau dalam negara kerana 85 peratus pesakit positif COVID-19 di negeri ini tidak menunjukkan gejala awal.
Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi berkata daripada 293 kes COVID-19 yang dianalisis, 249 kes atau 85 peratus didapati tidak mempunyai gejala pada peringkat awal.
"Keadaan ini amat membimbangkan kerana mereka berpotensi untuk menjangkiti kontak rapat tanpa disedari.
"Oleh itu dalam usaha membendung penularan COVID-19, langkah kuarantin ini penting untuk memutuskan rantaian jangkitan agar virus itu tidak merebak dan menjangkiti orang lain," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya kini masih mengesan kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang mempunyai sejarah pergerakan ke luar negara seperti Thailand, Indonesia dan Amerika Syarikat.
"Begitu juga kepada individu (dari) Sabah yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semenanjung kerana masih terdapat kes COVID-19 yang dilaporkan di sana," katanya.
Dr Christina berkata sehingga Ahad lepas, 53 orang sudah ditempatkan di 24 pusat kuarantin di seluruh negeri ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#dianalisis
#Indonesia
#JKNS
#kesihatan
#koronavirus
#kuarantin
#Sabah
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan